Blog nih aku buat untuk mengisi masa lapang aku sementara aku dapat kerajinan untuk mencarik kerja. Diilhamkan daripada tema Wordpress, blog ini akan diisi dengan suma perkara yang aku suka buat ; Photoshop, Internet, Tutorial, Video, Muzik dan juga buah fikiran aku (baca: KEJIAN). Sebarang kejian amatlah dialu-alukan supaya boleh diambil iktibar dan diguna semula pada masa akan datang.

Blog ni jugak tak berunsurkan keuntungan, lebih kepada menjahanamkan PC dan juga menambahkan bil letrik rumah aku.

Sebarang bahan bertaip dalam blog ini adalah tanggungjawab aku sendiri. Takde kena mengena dgn org lain. Tapi, kalo korang amalkan ape-ape yg aku tulis, tapi menuju kehancuran, jangan mintak gantirugi dengan aku. Kat bawah nih aku bubuh disclaimer supaya aku bleh lepas daripada Mahkamah dunia dan juga Pengadilan kat Sana nanti..

Stammofa dan juga pemilik blog ini tidak akan dipersalahkan dengan apa-apa kerugian akibat isi ataupun bahan-bahan yang dipaparkan di dalam blog ini. Sebarang pautan yang diletakkan adalah milik blog ini, dan sekiranya bukan, maka pautan tersebut adalah milik para bloggers dan juga pengguna internet yang lain.Blog ini hanya memaparkan sahaja apa-apa bahan. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna/pembaca sendiri untuk melakukan apa saja dengan bahan / pautan yang diletakkan atau dimuat naik ke dalam blog ini.
Tertakluk kepada terma dan syarat. Pindaan boleh dilakukan tanpa pemberitahuan.

* Kenyataan di atas ditaip untuk memenuhkan muka surat sahaja... Jangan ambil pusing sangat.